fbpx

Ella dikesan abai anak enam tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dipercayai ditinggalkan ibu kandungnya tanpa sebarang dokumen di Bukit Mertajam sejak lebih dua tahun lalu.

SEBERANG PERAI – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Seberang Perai Tengah (SPT) giat sedang mengesan waris kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dipercayai menjadi mangsa pengabaian oleh ibu kandungnya.

Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat daerah tersebut, Noor Liza Azezool berkata, kanak-kanak itu ditinggalkan ibu kandungnya tanpa dokumen pengenalan diri sejak 18 Julai 2020 di Juru, Bukit Mertajam.

Menurutnya, ibu kandung kepada kanak-kanak terbabit yang dikenali sebagai Ella merupakan seorang warga Indonesia telah meninggalkan anaknya itu tanpa sebarang pengenalan diri.

“Usaha menjejaki Ella gagal. Buat sementara waktu kanak-kanak ini dijaga oleh pasangan suami isteri di Bukit Mertajam.

“Permohonon pengecualian Seksyen 15(3) Akta Kanak-kanak 2001 telah diluluskan untuk siaran media,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Noor Liza, waris atau orang ramai yang mengenali ibu kandung kanak-kanak terbabit boleh menghubungi Pelindung Kanak-Kanak daerah SPT, Noraida Mohd. Yusof di talian 04-538 2584. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI