fbpx
Tangkap layar video tular lelaki menurunkan bendera Pakatan Harapan di hadapan Muzium Negara, di sini.

Bendera PH diturunkan kerana menutup pagar Muzium Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR -Polis mengesahkan lelaki yang tular menurunkan bendera Pakatan Harapan merupakan wakil dari parti tersebut dan tindakannya itu adalah arahan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR).

Dalam pada itu, arahan menurunkan bendera tersebut dikeluarkan kerana bendera itu telah menutup pagar bahagian hadapan Muzium Negara.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, semalam, tular video lelaki menurunkan bendera Pakatan Harapan di hadapan Muzium Negara yang berdurasi 34 saat.

Jelasnya, seorang individu telah merakam dan menularkannya di media sosial tanpa bertanyakan tujuan lelaki itu bertindak demikian.

“Lelaki yang menurunkan bendera dalam video tersebut merupakan Ejen Pemantau Pakatan Harapan yang mendapat arahan yang dikeluarkan oleh Ketua PPKPR P121-01 bersama wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM) PPKPR Lembah Pantai.

“Arahan tersebut dikeluarkan setelah perbincangan dibuat dengan wakil calon kerana pemasangan bendera tersebut telah menutup pagar bahagian hadapan Muzium Negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Polis Kuala Lumpur menasihatkan orang ramai agar tidak menularkan sebarang video atau maklumat sebelum membuat semakan tentang kesahihannya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN