fbpx

Artis popular gegarkan Konsert Anak Muda GEGOR Bera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KARNIVAL #KeluargaMalaysia: Anak Muda GEGOR Bera itu turut menampilkan beberapa lagi penyanyi terkenal tanah air seperti Hael Husaini, Afieq Shazwan, Zoey Rahman, Nizam Laksamana, Fazli Zainal, Santesh, Lock Up, Ex Puxxle dan Lin Kah Jun.

PENYANYI rock tanah air, Amy Search dan pelakon drama fenomena Melur Untuk Firdaus, Anna Jobling menjadi antara selebriti yang bakal memeriahkan Konsert Anak Muda GEGOR Bera, yang akan berlangsung di Dewan Konvensyen Bera, pada 12 November ini pukul 8.30 malam.

Konsert yang diadakan sempena Karnival #KeluargaMalaysia: Anak Muda GEGOR BERA itu turut menampilkan beberapa lagi penyanyi terkenal tanah air seperti Hael Husaini, Afieq Shazwan, Zoey Rahman, Nizam Laksamana, Fazli Zainal, Santesh, Lock Up, Ex Puxxle dan Lin Kah Jun.

Diadakan secara percuma, konsert tersebut bertujuan menyemarakkan semangat Keluarga Malaysia dalam kalangan penduduk Bera yang terdiri daripada pelbagai bangsa, kaum dan agama, selain muzik sebagai elemen perpaduan.
Terlibat dalam acara berkenaan, Amy Search menzahirkan perasaan teruja kerana dapat beraksi kali pertama di hadapan Keluarga Malaysia di Bera.

AMY SEARCH

“Pastinya saya akan memberikan persembahan istimewa untuk peminat di Bera malam Sabtu nanti. Nak tahu apa yang istimewa, kenalah datang beramai-ramai ke Konsert Karnival Keluarga Malaysia Sabtu ini,” kata Amy yang popular dengan lagu Isabella dan Fantasia Bulan Madu itu.

Sementara itu, Anna turut teruja untuk turun ke Bera bertemu peminat, apatah lagi ramai dalam kalangan para peminatnya telah menghantar pesanan secara DM menerusi Instagram menyatakan hasrat untuk bertemu.

‘’Sejak semalam, Anna tak putus-putus menerima DM dari Bera yang bertanyakan tentang kehadiran ke Program Karnival Keluarga Malaysia: Anak Muda Gegor Bera,’’ katanya.

Sementara itu, Pengerusi Miat Quadra E-Sport Club, Mohamad Lukman Afiq Mohamad Faizal, yang juga penganjur Karnival #KeluargaMalaysia: Anak Muda GEGOR BERA berkata, konsert bertujuan untuk menyemarakkan semangat Keluarga Malaysia dalam kalangan penduduk Bera serta kawasan sekitar.

ANNA JOBLING

“Kita maklum bahawa selain sukan, bidang hiburan juga merupakan platform berkesan dalam menyatupadukan Keluarga Malaysia yang berbilang kaum, “ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Karnival #KeluargaMalaysia: Anak Muda GEGOR Bera yang berlangsung di Dewan Konvensyen Bera pada Sabtu, 12 November 2022 turut diisi dengan pelbagai aktiviti menarik termasuklah Santai eGames, Karnival Kerjaya dan Pemeriksaan Kesihatan secara percuma bermula pukul 9 pagi sehingga 5 petang.

Konsert yang dibarisi artis-artis terkenal pula berlangsung dari pukul 8.30 sehingga 11 malam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dijadual merasmikan Pertandingan eGames yang diadakan bertujuan mencungkil bakal belia dalam e-sukan yang kini telah menjadi kerjaya sukan di peringkat antarabangsa
pada pukul 12.30 tengah hari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI