fbpx

Tayar pecah dipercayai punca bas terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof. Dr. Norkhalid Salimin (tengah) melawat pelajar yang terlibat dalam insiden tersebut di Hospital Slim River semalam.

TANJUNG MALIM – Tayar pecah dipercayai menjadi punca bas yang membawa 60 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terbabas ke cerun bukit di Jalan Slim Lama dekat Kota Malim Prima di sini petang semalam.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UPSI, Muhammad Zul Fikri Sallehuddin berkata, insiden itu berlaku ketika bas tersebut sedang membawa pelajar dari kampus lama di pekan Tanjung Malim ke kampus baru di Proton City kira-kira pukul 7 petang.

“Kejadian dipercayai berpunca dari tayar bas yang pecah ketika ia sedang dipandu dari Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS) ke Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS).

“Kesemua pelajar tersebut dalam perjalanan pulang dari kelas di kampus lama ke kolej kediaman di kampus baharu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Menurutnya, bas itu terbabas ke dalam semak sejauh 70 meter dari pinggir jalan, namun punca sebenar masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Sementara itu, Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, semua pelajar yang diletakkan di bawah pemantauan di Hospital Slim River telah dibenarkan pulang ke kolej pada pukul 1 pagi tadi.

Menurut beliau, biarpun 11 daripada pelajar yang terlibat dalam insiden itu mengalami kecederaan, ia tidak mengancam nyawa mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI