fbpx

PRU15: BN yakin mampu terjemah undi semua kaum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasni Mohamad (kanan) beramah mesra dengan Asmuni Derail, 74, ketika hadir ke majlis dialog bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) di warung Wak Kayun di Kampung Sahari di Simpang Renggam, Kluang hari ini.

KLUANG – Penerimaan kaum Cina dan India terhadap calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Simpang Renggam agak memberangsangkan melalui beberapa siri pertemuan sepanjang enam hari berkempen.

Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohamad yang juga calon (BN) di Parlimen Simpang Renggam berkata, keseluruhan masyarakat di Simpang Renggam ini menerima baik kehadirannya untuk bertanding sebagai wakil rakyat di sini.

Katanya, itu adalah petanda awal kepada sokongan yang diyakini mampu diterjemahkan kepada undi sebagai tanda sokongan ketika membuang undi dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) minggu hadapan.

“Sebagai wakil rakyat di Simpang Renggam saya harus mempunyai cerminan mewakili pelbagai kaum dan ianya tidak menjadi masalah kerana yakin mempunyai perancangan mereka.

“Mereka juga menyambut baik kedatangan saya melalui Walkabout sama ada di bandar Simpang Renggam ataupun di Pekan Layang-Layang,”katanya.

Hasni berkata demikian kepada media selepas majlis dialog bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) di warung Wak Kayun di Kampung Sahari di Simpang Renggam hari ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI