fbpx

Patuhi peraturan umrah elak kejadian buruk – MAIS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jemaah umrah yang berjaya dibawa pulang selepas terkandas di Arab Saudi.

SHAH ALAM – Umat Islam di Selangor yang ingin keluar negara bagi pelaksanaan ibadah umrah diingatkan mematuhi perundangan yang ditetapkan negara tuan rumah agar tidak berlaku perkara tidak diingini khususnya yang membabitkan pelanggaran tempoh visa.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, ini susulan kenyataan media Kementerian Luar Negeri pada 4 November lalu berkaitan urusan membawa pulang jemaah umrah warganegara Malaysia yang terkandas di Arab Saudi yang turut melibatkan jemaah dari Selangor.

Katanya, jemaah dari Selangor itu sudah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi kelmarin iaitu ketibaan kedua melibatkan jemaah umrah yang terkandas.

“Salah seorang jemaah dari Selangor yang ditemui di lapangan terbang semalam memaklumkan merasa sangat bersyukur kerana selamat tiba di tanah air dengan bantuan pelbagai pihak.

“Tambahan, mereka telah putus bekalan dan perbelanjaan di sana. Justeru, mereka mengingatkan kepada umat Islam yang merancang menunaikan umrah supaya lebih berhati-hati,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seramai 63 jemaah umrah terdiri daripada 28 dewasa dan 35 kanak-kanak dilaporkan terkandas di Arab Saudi sejak Jun lalu.

Setakat ini, seramai 40 jemaah telah berjaya dibawa pulang ke tanahair.

Jemaah berkenaan dibawa mengerjakan ibadah umrah pada Mac lalu dan dikatakan telah diperdaya pemimpin tarekat Naqsyabandiyah Al-Kholidiah yang mendakwa kononnya Imam Mahdi akan muncul di Arafah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI