fbpx

Piala Malaysia: FAM tunggu laporan MFL aksi panas Terengganu-KL City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosmadi (kiri) yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kota Bharu berkempen di Bazar Tok Guru, Kota Bharu hari ini. - Foto MUSTAQIM MOHAMED

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedang menunggu laporan daripada Malaysia Football League (MFL) berhubung kekecohan dalam perlawanan antara Kuala Lumpur City FC (KL City) menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras, Kuala Lumpur kelmarin.

Naib Presiden FAM, Datuk Seri Rosmadi Ismail berkata, jawatankuasa terbabit akan melakukan siasatan terlebih dahulu berhubung insiden berkenaan.

“Kebiasaannya kita akan dapatkan dahulu laporan daripada MFL. Kita mempunyai banyak jawatankuasa di FAM termasuk jawatankuasa disiplin yang akan menyiasat insiden tersebut.

“Saya sendiri tidak terlibat secara langsung dalam perkara itu dan tidak dapat memberi penjelasan lebih tepat,” katanya ketika ditemui pemberita di Bazar Tok Guru di sini sebentar tadi.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, berlaku kekecohan membabitkan pemain dan pegawai pasukan KL City dan TFC pada perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia selepas wisel penamat ditiup.

Insiden tolak menolak antara kedua-dua pasukan di kawasan teknikal turut melihat pemain import TFC, Pape Diakate terpaksa dibawa menjauhi sekumpulan pemain KL City yang cuba mendekatinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI