fbpx

Kluster Dah Legenda di pusat jagaan warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SUNGAI PETANI – Satu kluster Covid-19 baharu iaitu Kluster Dah Legenda yang diisytiharkan di negeri ini semalam dilaporkan berlaku di sebuah pusat jagaan warga emas di sini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr. Othman Warijo berkata, kluster tersebut membabitkan seramai 14 individu terdiri daripada sembilan perempuan dan lima orang lelaki.

Katanya, seramai 12 orang merupakan penghuni warga emas berusia lingkungan 69 hingga 88 tahun manakala dua lagi merupakan penjaga mereka berusia 22 dan 23 tahun.

“Kes pertama bagi kluster itu dikesan berikutan saringan bergejala pada hujung Oktober lalu.

“Susulan itu, terdapat tiga orang penghuni warga emas dimasukkan ke wad Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, penghuni lain dan penjaga premis itu diarahkan untuk menjalani kuarantin di pusat jagaan tersebut.

Kosmo! Online pada semalam melaporkan tentang kluster Covid-19 baharu, Kluster Dah Legenda yang didaftarkan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman berkata, sejak hari penamaan calon, jumlah kes semakin meningkat dengan tiga daerah yang mempunyai kes positif terbanyak adalah Kulim, Kuala Muda dan Alor Setar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI