fbpx

17 cedera akibat letupan bunga api semasa Hari Kematian di Mexico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LETUPAN berlaku semasa sambutan Hari Kematian di Mexico. - Twitter

BANDAR RAYA MEXICO – Pihak berkuasa Mexico memaklumkan bahawa seramai 17 orang cedera akibat letupan bunga api semasa sambutan perayaan tempatan dikenali sebagai Xontolo, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Letupan itu berlaku di jalan yang penuh sesak dengan orang ramai Sabtu lalu di bandar Huejutla, tengah Mexico.

Pentadbiran Huejutla berkata, ketika kejadian, penduduk kampung Tehuetlan sedang meraikan penghujung acara Xontolo iaitu perayaan bagi memperingati orang mati, manakala sambutan itu biasanya berlangsung antara 1 dan 2 November setiap tahun.

Menurutnya, timbunan bunga api meletup di jalan raya selepas dibakar dengan orang ramai cedera terkena letupan dan percikan api.

Pihak berkuasa mengesahkan bahawa dua wanita hamil dan tiga kanak-kanak antara mangsa yang cedera dengan seorang budak perempuan mengalami melecur tahap dua.

Video insiden itu disiarkan di laman Twitter bersama kapsyen bermaksud: “Semalam, satu kejadian letupan bunga api dilaporkan semasa perayaan di Tehuetlan, Mpio.

“Ia menyebabkan sekurang-kurangnya 10 orang cedera, melecur, manakala menurut laporan, insiden rempuhan turut berlaku,” demikian menurut kapsyen tersebut.

Insiden kemalangan membabitkan letupan bunga api di Mexico adalah biasa terjadi. Pada September lalu, seorang dilaporkan maut manakala 39 lagi cedera dalam insiden letupan semasa satu perayaan di barat Bandar Raya Mexico.

Insiden melibatkan bunga api dan kemalangan kerap direkodkan semasa sambutan pada tahun ini termasuk Hari Kematian, Halloween dan Malam Api Unggun yang lazim diadakan di Britain. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI