fbpx

PRU15: Insentif pasangan kali pertama kahwin, bersalin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shaid ketika menemui pengundi di Parlimen Kuala Selangor.

KUALA SELANGOR – Insentif bagi pasangan kali pertama berkahwin dan bersalin antara ditawarkan calon Gerakan Tanah Air (GTA) jika memenangi kerusi Parlimen Kuala Selangor.

Mohd. Shaid Rosli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram itu menetapkan 10 manifesto untuk direalisasikan menerusi program dan inisiatif khas.

“Manifesto itu antaranya menyediakan insentif RM500 kepada pasangan kali pertama melangsungkan perkahwinan dan RM200 bagi ibu bersalin anak pertama.

“Langkah itu bertujuan meringankan beban dua golongan berkenaan bagi memulakan kehidupan baharu mereka,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan manifesto itu di pejabatnya di Bandar Puncak Alam di sini, hari ini.

Jelas beliau, saguhati RM500 kepada belia yang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) turut ditawarkan dalam manifesto itu.

“Selain itu, wang tunai RM200 disediakan kepasa pelajar sekolah yang mewakili daerah manakala RM250 bagi mewakili negeri .

“Wang tunai RM300 setahun juga akan diberikan kepada Orang Kurang Upaya OKU yang tidak menerima bantuan daripada agensi berkaitan,” ujarnya.

Tambah Mohd. Shaid, pemberian saguhati sebanyak RM500 secara one off turut disediakan kepada individu yang menunaikan umrah.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI