fbpx

‘Perosak’ imej imigresen diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAHARUDDIN (tengah) menunjukkan pasport warga Indonesia yang ditahan pihaknya di CIQ, BSI, awal pagi hari ini.

JOHOR BAHRU – Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Johor berjaya menggagalkan cubaan menyeludup migran didalangi pegawai jabatan berkenaan, di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI), di sini awal pagi hari ini.

Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir berkata, dalam kejadian pada pukul 7.20 pagi itu, pihaknya berjaya menahan seramai 14 individu terdiri daripada dua ‘transporter’ warga tempatan dan 12 individu warga Indonesia.

Menurut beliau, pihaknya kini sedang mengesan pegawai imigresen yang dipercayai terlibat dan akan dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang.

“Pegawai Kastam memeriksa dua buah kenderaan iaitu sebuah Perodua Alza dan Toyota Vios dinaiki sekumpulan 12 warga Indonesia terdiri daripada sembilan lelaki dan tiga perempuan.

“Kesemua mereka berusia antara 20an hingga 40an, manakala pemandu kedua-dua kenderaan itu merupakan lelaki warga tempatan berusia 52 dan 24 tahun,”katanya pada sidang akhbar di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), Taman Setia Tropika di sini hari ini.

Baharuddin berkata, semasa pemeriksaan pasport dibuat Pegawai Kastam terbabit, pihaknya mendapati kesemua pasport warga Indonesia itu tidak mempunyai cop Imigresen lalu bertindak menghubungi pegawai sebelum penahanan terhadap kesemua suspek dibuat.

Jelasnya, selepas pemeriksaan dijalankan, pihak berkuasa mendapati 10 migran berada dalam senarai syak dan dilarang daripada memasuki negara, manakala dua lagi berada dalam kenderaan sama.

Tambah Baharuddin, siasatan awal mendapati sindiket terbabit mengenakan bayaran berjumlah 10 juta rupiah atau RM3,000 kepada setiap migran yang telah disenarai hitam untuk dibawa masuk ke negara ini melalui kaedah berkenaan.

“Modus operandi yang digunakan adalah mereka akan dibawa dari Batam, Indonesia ke Singapura terlebih dahulu, sebelum dibawa masuk ke Malaysia melalui jalan darat dimana akan terdapat Pegawai Imigresen yang membantu melepaskan mereka tanpa pemeriksaan.

“Kita sedang menyiasat adakah sindiket ini mempunyai kaitan dengan sindiket yang dikesan membawa masuk seramai 25 migran di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Iskandar Puteri pada 12 Oktober lalu,” ujarnya.

Baharuddin turut memberitahu, kesemua suspek ditahan reman selama 14 hari bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 6(1)C dan Seksyen 55a (1) Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI