fbpx

Penganggur didakwa curi RM2.80 syiling masuk tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pengganggur dijatuhi hukuman berkelakuan baik selama setahun selepas mangaku bersalah mencuri duit syiling tandas RM2.80 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Seorang penganggur dijatuhkan hukuman berkelakuan baik selama setahun dengan cagaran RM1,000 kerana mencuri duit syiling tandas bernilai RM2.80 di Larkin Sentral, di sini pada 3 November lalu.

Tertuduh, Mohamad Hafiz Mohamad Razali, 36, dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Johor Bahru, Hidayatul Syuhada Shamsudin hari ini.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa telah mencuri 22 keping syiling 10 sen dan tiga keping syiling 20 sen berjumlah keseluruhan RM2.80 daripada tandas awam Terminal Bas Larkin Sentral pada pukul 4 pagi, Khamis lalu.

Atas perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, seorang pengawal keselamatan ternampak suspek mengambil duit syiling daripada tabung tandas dan memasukkannya ke dalam poket seluar sebelah kanan.

Apabila dihampiri, suspek bertindak melarikan diri namun berjaya ditahan pengawal keselamatan berkenaan dan menyerahkan suspek kepada pihak polis.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqiilah Ahmad Rofaie manakala tertuduh tidak diwakili peguam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI