fbpx

Pencuri Ford Raptor pakai smart, jaket ‘gomen’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAMPIN – Sepasang suami isteri dan anak lelaki mereka berusia 13 tahun mengalami detik-detik cemas terbabit dalam nahas semasa mengejar penjenayah yang melarikan kenderaan pikup jenis Ford Raptor mereka di Gemencheh, petang Khamis lalu.

Mangsa, Shamimi Arif, 42, ber­kata, dia dan suami, Mohd Khairul Abd Khalil, 42, tidak sangka suspek yang baik dengan berpakaian kemas ada niat melarikan kenderaan mereka yang diiklankan untuk dijual sejak Februari lalu dalam kumpulan Ford.

Jelasnya yang merupakan peguam, tengah hari sebelum keja­dian, suspek menghubungi sua­mi­nya untuk melihat kende­raan dan datang bersama seorang la­gi lelaki menaiki Mini Cooper Crossover berwarna hijau ke kediaman ibu mereka di Taman Asahan Jaya sekitar pukul 5.30 petang.

“Salah seorang daripada lelaki tersebut cuba uji pandu kende­raan dengan suami saya dalam 15 hingga 20 minit lepas tu pulang kembali ke rumah ibu saya. Suami baru nak keluar dari Ford Raptor sebab nak serahkan kunci kereta saya yang satu lagi. Terus suspek bawa larikan kenderaan.

“Salah seorang suspek tu pakai seperti jaket pegawai kerajaan dan duduk dalam kereta Mini Cooper. Memang tak nampak macam penjenayah. Selepas kereta dilarikan, saya dan anak berusia 13 tahun terus masuk ke dalam kereta dan cuba kejar,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Kata Shamimi, ketika sedang kejar suspek dengan Mercedes GLA250, mereka telah dihimpit sehingga menyebabkan berpu­sing dan terbabas di bahu jalan.

“Saya dan anak saya lebam di lutut dan siku. Dalam kejadian ini, terdapat beberapa buah kende­raan lain lagi yang cuba mengejar suspek. Kedua-dua suspek ber­kenaan agak tinggi serta berkulit cerah serta kurus,” katanya.

Jelasnya, dia amat berharap agar kenderaan yang sudah digunakan sejak awal tahun 2020 itu dapat ditemukan semula dan kenderaan itu pada mulanya hen­dak dijual kerana sudah tiada keperluan untuk menggunakan ken­deraan pacuan empat roda ber­kenaan.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amirud­dien Sariman berkata, polis se­dang memburu kedua-dua sus­­pek dan kes kini disiasat di ba­wah Seksyen 379A dan Sek­syen 336 Kanun Keseksaan, orang awam ada maklumat hubungi 06-4431999.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN