fbpx

ATM, ADF jayakan Indo-Pacific Endeavour 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara latihan yang diadakan antara ATM dan ADF dalam IPE 22 yang bermula hari ini.

PETALING JAYA – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Tentera Australia (ADF) melaksanakan Indo-Pacific Endeavour 2022 (IPE 22) – Visit to Malaysia yang bermula hari ini.

Latihan anjuran ADF – Maritime Task Group ini adalah bagi mempamerkan keupayaan dalam Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) kedua-dua buah negara.

Markas ATM dalam kenyataan berkata, program dua hala yang bermula pada 7 hingga 8 November 2022 ini turut melibatkan dua buah kapal Tentera Australia iaitu HMAS ADELAIDE jenis Landing Helicopter Dock (LHD) dan HMAS ANZAC jenis Frigate.

Menurut Markas ATM, kedua-dua kapal berkenaan turut membawa seramai lima pegawai dan empat anggota ATM yang berlayar dari Pelabuhan Vishakapatnam, India pada 1 November lalu telah tiba di perairan Selat Melaka hari ini.

Program dua hala yang bermula hari ini melibatkan kerjasama antara Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (PKAT) dan Perkhidmatan Kesihatan Tentera Laut Australia.

“Latihan dimulakan dengan demonstrasi evakuasi aeromedical oleh ADF dari kapal HMAS ADELAIDE melalui pesawat helikopter tentera Australia yang membawa pesakit ke Hospital Medan ATM dioperasikan di padang Institut Latihan Kesihatan Angkatan Tentera (INSAN), Kem Terendak, Melaka.

“Demonstrasi disaksikan delegasi Kumpulan Kerja Indo-Pacific Endeavour 2022 yang diketuai oleh Commanding Surgeon General, Laksamana Muda Sarah Sharkey dan delegasi Perkhidmatan Kesihatan ATM diketuai oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera, Leftenan Jeneral Datuk Zulkeffeli Mat Jusoh,” jelas kenyataan itu hari ini.

Program dua hala ini diteruskan dengan pameran Hospital Medan ATM di Padang Insan yang mana Sarah Sharkey telah diberi penghormatan merasmikan Battlefield Trauma Care Simulation Centre sumbangan ADF melalui Malaysia-Australia Joint Defence Program.

“Battlefield Trauma Care Simulation Centre merupakan ruang yang menempatkan kemudahan peralatan simulasi untuk melatih anggota perubatan ATM bertindak pantas dan tepat dalam memberi rawatan kecemasan kepada pesakit di pelbagai peringkat hospital mahupun pra hospital.

“Ini dapat meningkatkan lagi kemahiran perkhidmatan perubatan dan kesihatan serta memastikan visi Perkhidmatan Kesihatan ATM iaitu memelihara kekuatan tempur warga ATM dapat terlaksana,” ujar Markas ATM.

Tambah Markas ATM lagi, program kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang terutamanya perubatan dan kesihatan ketenteraan ini dilihat dapat membantu Perkhidmatan Kesihatan ATM dalam pembangunan kapasiti bagi menyokong operasi ketenteraan.

“Ia juga dapat memberi respon yang optimum ketika misi bantuan kemanusiaan ataupun krisis di dalam dan luar negara,” jelasny. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI