fbpx

Suami Salamiah Hassan meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUAMI Salamiah, Gerry Hughes meninggal dunia pagi semalam.

PETALING JAYA – Sempat bergelar isteri selama dua bulan, suami kepada penyanyi veteran Salamiah Hassan, Gerry Hughes disahkan meninggal dunia pagi semalam.

Khabar duka tersebut dikongsi sendiri oleh anak Salamiah yang juga seorang penyanyi, Atilia Haron dalam satu InstaStory hari ini.

“Kami sekeluarga menerima berita pemergian bapa tiri, Gerry Hughes pada pagi Jumaat semalam dan mama sedang dalam perjalanan ke Tasmania, Australia.

“Kami harap semua dapat memberikan masa untuk kami meratapi pemergian yang mengejutkan ini. Al-fatihah,” katanya.

Pelantun lagu Sangkar itu bagaimanapun tidak berkongsi lanjut mengenai punca kematian bapa tirinya itu.

Untuk rekod, Salamiah yang bergelar ibu tunggal selama 35 tahun itu melangsungkan pernikahan dengan Hughes yang berasal dari Liverpool, England dan menetap di Australia sejak 1 September lalu.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Salamiah dan juga Gerry yang merupakan duda kepada tiga orang anak.

Terdahulu, Salamiah pernah berkahwin dengan Allahyarham Raja Haron Raja Aziz sebelum berpisah pada 1986.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang anak, Raja Putri Atilia, 48, dan Raja Ahmad Shah, 43.

Bekas suaminya bagaimanapun meninggal dunia pada 28 Julai lalu akibat sakit jantung dan parkinson. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI