fbpx

[VIDEO] PRU15: Penamaan calon di Tenom bertukar kecoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sekitar pekarangan Dewan DSP Antanom yang kecoh seketika pagi tadi.

TENOM – Hari penamaan calon yang berlangsung Dewan DSP Antanom, dekat sini, bertukar kecoh dipercayai selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak pencalonan Datuk Peter Anthony selaku calon daripada parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) bagi Parlimen Tenom.

Kejadian rusuhan berkenaan menjadi tular selepas dimuatnaik salah satu akaun
di media sosial Facebook sekitar 30 minit lalu.

Menerusi video tular berdurasi satu minit 37 saat itu, dapat dilihat berlaku kekecohan sehingga memaksa Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan gas pemedih mata ke arah penyokong parti KDM.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai kejadian terbabit.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI