fbpx

PRU15: Hamzah tidak terkesan disorak katak, pengkhianat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMZAH (tengah) melambaikan tangan kepada penyokong parti lawan yang bersorak 'katak' dan 'pengkhianat' di luar bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Selama, Selama hari ini.

LARUT – Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan tidak terkesan dengan sorakan ‘katak’ dan ‘pengkhianat’ yang ditujukan penyokong parti lawan kepadanya.

Penyandang kerusi Parlimen Larut itu berkata, situasi itu adalah perkara yang biasa berlaku dalam pilihan raya.

“Itu perkara biasa dalam PRU (pilihan raya), sorakan-sorakan itu tidak memberi makna kerana apa yang penting adalah pengundi.

“Malah, apabila saya bertemu dengan calon-calon dan wakil-wakil calon dari sebelah sana, mereka peluk saya, ada yang bercakap perkara-perkara yang telah saya lakukan untuk mereka.

“Mereka tahu jasa-jasa yang telah saya buat. Kalau pun mereka mengatakan saya pengkhianat, mereka tidak sedar apa yang saya lakukan adalah untuk rakyat, bukan untuk diri saya,” katanya ketika ditemui selepas proses penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Parlimen Larut di bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Selama, Selama di sini hari ini.

Terdahulu, Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri disambut dengan laungan katak oleh sebahagian penyokong sejurus keluar dari bangunan tersebut.

Hamzah bagaimanapun tenang dan secara bersahaja melambaikan tangan kepada penyokong yang berada berhampiran tempat pengumuman calon oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI