fbpx

Piala Malaysia: JDT belasah Kelantan FC 3-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi pemain Kelantan FC dan JDT pada saingan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sebentar tadi. FOTO/ KAMARUL BISMI KAMARUZZAMAN

KOTA BHARU – Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan kempen suku akhir pertama saingan Piala Malaysia dengan bergaya selepas membelasah Kelantan FC dengan jaringan 3-0 di Stadium Sultan Muhammad IV di sini sebentar tadi.

Berdepan pasukan terbaik Liga Malaysia, Kelantan FC memilih untuk lebih bertahan sambil mengintai peluang melancarkan serangan balas.

JDT membuka jaringan melalui tandukan ayam tambatan, Bergson Gustavo pada minit ke-29 selepas menerima hantaran sepakan sudut daripada Leandro Sebastian Velazquez.

Kelantan FC atau The Red Warriors (TRW) sekali lagi dikejutkan dengan gol kedua hasil tandukan penyerang JDT, Muhammad Syafiq Ahmad lapan minit kemudian selepas menerima hantaran cantik Mohd. Afiq Fazail.

Kem tuan rumah yang ketinggalan dua gol cuba bangkit, namun berdepan kesukaran untuk menyaingi juara Liga Super sembilan kali berturut-turut itu.

Kedudukan kekal 0-2 sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, JDT semakin selesa mengatur serangan sehingga menyebabkan TRW terpaksa berhempas pulas untuk cuba merapatkan jurang gol.

Memasuki minit ke-74, Leandro menambah derita tuan rumah melalui jaringan gol ketiga selepas dengan mudah menggelecek beberapa pemain Kelantan FC.

Bagaimanapun, JDT terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila Mohd. Afiq diperintah keluar padang selepas menerima kad kuning kedua akibat mengasari pemain tuan rumah.

Kekurangan seorang pemain tidak menjejaskan rentak anak-anak buah Hector Bidoglio apabila mereka terus menguasai perlawananz

Kelantan FC yang semakin tertekan terus buntu apabila setiap serangan mereka berjaya dipatahkan oleh JDT menyaksikan kedudukan kekal 0-3 sehingga wisel penamat.

Pemain Kelantan FC, Jasmir Mehat diperintah keluar padang pada minit-minit akhir perlawanan selepas menerima layangan kad kuning kedua.

Kekalahan tersebut menyaksikan Kelantan FC bakal berdepan laluan berliku pada perlawanan suku akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI