fbpx

Lagu viral, ramai kena Swipe!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA artis yang memuat naik video menggunakan lagu Swipe dalam TikTok.

TANPA henti diputarkan dalam media sosial. Begitulah yang dapat menggambarkan kegilaan ramai terhadap single terbaharu Alyph berjudul Swipe.

Lebih mengundang perhatian ramai ialah kemunculan Datuk Seri Vida yang merupakan kejutan dan cameo untuk lagu tersebut.

Sehingga hari ini, ramai selebriti tanah air memuat naik video khususnya dalam TikTok, beraksi sambil menyanyikan lagu berkenaan.

Antara yang paling meraih perhatian ramai tentunya video daripada Meerqeen, MK K-Clique, Daiyan Trisha dan Anzalna Nasir.

Lucunya, selebriti senior, Jaafar Onn turut merakam video menyanyi dan beraksi dengan lagu tersebut. Rata-rara terhibur gelagat pelakon drama Cili Padi itu dan menyifatkannya sebagai juara sekaligus menandingi artis lain.

Menurut Alyph, Swipe mengetengahkan mesej atau menggalakkan mana-mana individu nemiliki pendirian sendiri terutama membuat pelbagai pilihan dalam kehidupan.

Video muzik rasmi lagu ini yang dimuat naik sejak minggu lalu itu telah meraih lebih sejuta tontonan dalam YouTube. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI