fbpx

PRU15: Peluang calon PN pecah legasi Parlimen Permatang Pauh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Fawwaz (kiri) dan Siti Mastura

GEORGE TOWN – Peluang bagi calon Perikatan Nasional (PN) memecah legasi keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi Parlimen Permatang Pauh masih ada sekiranya berjaya memperoleh undi daripada pengundi muda di kawasan itu.

Calon PN daripada Pas yang dipertaruhkan di kerusi Parlimen Permatang Pauh, Muhammad Fawwaz Mat Jan berkata, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan berlakunya pertambahan pengundi muda yang akan mengundi buat pertama kali pada pilihan raya kali ini.

“Peluang untuk menang di kerusi Parlimen Permatang Pauh saya kira 50-50 memandangkan kita ada pertambahan pengundi muda.

“Pada pilihan raya kali ini, siapa yang dekatkan diri dengan pengundi muda akan dapat peluang untuk menang,” katanya ketika ditemui di sini.

Muhammad Fawwaz akan bertemu dengan penyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar (PKR) dan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Mohd Said serta Mohd. Nasir Othman (GTA).

Sebelum ini, pada PRU14 Muhammad Fawwaz bertanding mewakili Pas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Menurut Muhammad Fawwaz, dia dan calon PN lain mempunyai strategi untuk mendekati pengundi-pengundi muda di kawasan yang ditandingi mereka.

Dalam pada itu, calon tunggal wanita PN, Dr. Siti Mastura Mohamad yang dipertaruhkan di kerusi Parlimen Kepala Batas berkata, pilihan raya kali ini adalah pengalaman kedua baginya selepas diletakkan sebagai calon di kerusi Parlimen yang sama pada PRU14.

“Kali ini, saya lebih berkeyakinan dengan bantuan jentera Pas dan PN yang ada untuk memasuki gelanggang PRU15.

“Pencalonan wanita di kerusi ini juga adalah satu amanah dan penghormatan yang diberikan kepada muslimat dan generasi muda,” katanya.

Siti Mastura yang merupakan Naib Ketua Dewan Muslimat Pas negeri berkata, dia juga mahu menarik lebih ramai pengundi muda untuk mengundi PN di kerusi Parlimen Kepala Batas.

“Sasaran kita di Parlimen Kepala Batas adalah pengundi muda dan kita fokuskan isu-isu yang berkaitan dengan generasi muda seperti soal pemilikan rumah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI