fbpx

Pasukan penyiasat serbu balai polis Seoul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA polis dan penyelamat berkumpul di Itaewon, Seoul pada 30 Oktober lalu. - AFP

SEOUL – Pasukan penyiasat tragedi rempuhan yang mengorbankan 156 orang semasa perayaan Halloween di Korea Selatan bertindak  menggeledah balai polis di serata Seoul kelmarin, lapor saluran berita CNN.

Agensi Polis Metropolitan Seoul menyatakan, pasukan penyiasat berkenaan menyerbu lapan balai polis dan merampas laporan dalaman serta dokumen berkaitan aduan yang dibuat orang awam kepada talian kecemasan 112.

Antara pejabat yang diserbu termasuk balai polis daerah Yongsan yang mengawasi kejiranan Itaewon di mana tragedi berlaku.

Serbuan itu dilakukan ketika pihak berkuasa Korea Selatan berdepan tekanan dan kemarahan orang awam yang semakin meningkat selepas sebilangan saksi berkata, kawalan amat sedikit atau tiada kawalan orang awam dibuat pada malam rempuhan berlaku walaupun pihak polis menerima amaran jauh lebih awal.

Rempuhan pada Sabtu lalu berlaku di sebuah lorong sempit di mana saksi-saksi berkata, mereka tidak dapat bergerak atau bernafas kerana bilangan pengunjung terlalu ramai. Pada detik tersebut, mereka  membuat panggilan kecemasan berhubung situasi cemas yang berlaku.

Serbuan kelmarin dilakukan unit siasatan khas yang ditubuhkan pada Selasa lalu oleh Agensi Polis Nasional (NPA) untuk menyiasat insiden Itaewon.

NPA menyatakan kelmarin bahawa pihaknya menggantung tugas ketua balai polis Yongsan iaitu antara balai polis paling hampir dengan lokasi rempuhan.

“Ketua balai polis, Lee Im-jae tidak boleh melakukan tugas biasa beliau dalam situasi ini,” kata NPA sambil menambah, penggantinya akan diumumkan pada hari yang sama.

Rakaman yang diberikan kepada CNN oleh NPA menunjukkan polis menerima sekurang-sekurangnya 11 panggilan daripada orang ramai di Itaewon yang bimbang tentang kemungkinan rempuhan akan berlaku. Panggila mereka diterima seawal empat jam sebelum tragedi itu berlaku. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI