fbpx

Hari Penamaan Calon: Amaran hujan lebat hampir seluruh negara petang esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan hampir semua kawasan Parlimen pada petang hari penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), esok.

MetMalaysia dalam perkongsiannya di laman web memaklumkan cuaca buruk itu diramalkan turut melanda Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Ia meliputi Parlimen Batu, Wangsa Maju, Segambut, Setiawangsa, Titiwangsa, Bukit Bintang, Lembah Pantai, Seputeh, Cheras dan Bandar Tun Razak,” katanya.

Di Johor, semua kawasan parlimen diramal dilanda hujan lebat termasuk Sembrong dan Simpang Renggam manakala di Pahang, cuaca buruk turut meliputi Pekan, Bentong dan Bera.

Selain itu, negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Terengganu dan Sarawak turut mengalami hujan lebat pada sebelah petang.

“Sementara itu di Selangor, ribut petir dijangka akan melibatkan Sabak Bernam, Hulu Langat, Gombak, Pandan dan Sungai Besar.

“Namun di Sabah, lokasi terlibat hanya di lapan kawasan Parlimen sahaja termasuk di Kudat, batu Sapi, Kimanis, Sipitang, Keningau, Silam dan Tawau,’ katanya.

Berbeza di Wilayah Persekutuan Putrajaya katanya, cuaca cerah di kawasan berkenaan pada waktu petang pada hari tersebut.

Namun cuaca di sebelah pagi katanya, kebanyakan negeri-negeri berkenaan diramalkan bercuaca baik melainkan beberapa Parlimen di Pantai Timur, Utara dan Sabah.

Dalam masa sama, MetMalaysia turut menjangkakan hujan di beberapa kawasan di sekitar Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sarawak pada waktu pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI