fbpx

Gemilang bantu sokong sistem penjagaan kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada kakitangan Gemilang menyertai kempen derma darah di Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Bagi menyokong sistem penjagaan kesihatan di negara ini,  Gemilang International Ltd (Gemilang) melalui Kelab Sukan dan Rekreasi Gemilang (GSRC) telah menganjurkan kempen derma darah untuk disumbangkan kepada Hospital Sultanah Aminah di sini.

Program tersebut yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kekurangan bekalan darah dalam sistem penjagaan kesihatan turut mahu menyumbang kepada keperluan bekalan darah yang diperlukan oleh pihak hospital.

Malaysia kini memerlukan 2,000 beg darah 350 mililiter (ml) hingga 450ml sehari untuk kira-kira 1,000 pesakit.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Gemilang, Pang Chong Yong berkata, ini adalah cara syarikat yang disokong oleh kakitangannya untuk menyumbang kembali kepada komuniti yang telah menyokong Kumpulan sebelum ini.

“Dengan kerjasama Hospital Sultanah Aminah, kami berharap 80 pek darah yang didermakan dapat membantu memberi kehidupan baharu kepada mereka yang amat memerlukannya,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Gemilang komited untuk menganjurkan lebih banyak acara yang berkonsepkan kemasyaratan pada masa hadapan untuk terus memainkan peranannya sebagai anggota yang menyumbang kepada komuniti setempat. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI