fbpx

Tukang masak HSNZ maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat Siti Nur Shahira yang maut dalam kemalangan di Kampung Wakaf Tengah, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Seorang tukang masak wanita maut selepas motosikal ditunggangi tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kampung Wakaf Tengah di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 11.30 pagi itu,
mangsa, Siti Nur Shahira Makhtar, 32, meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Sewaktu kejadian, wanita itu dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Mangsa dikatakan cuba mengelak sebuah kenderaan di hadapannya sebelum hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh bahagian belakang kenderaan Mitsubishi Triton yang diletakkan di tepi jalan.

Rempuhan itu turut menyebabkan Siti Nur Shahira terperosok di bawah kenderaan pacuan empat roda terbabit.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus, Mohd. Shahril Abd. Halim, berkata, anggota bomba m mengambil masa lapan minit untuk mengeluarkan mangsa dari bawah kenderaan berkenaan.

Mayat Siti Nur Shahira telah dihantar ke Unit Forensik HSNZ untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI