fbpx

K2

Sajian ayam geprek asli Medan jadi tarikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YARNONA menunjukkan sajian nasi bersama ayam geprek yang laris di restorannya.

MENU berasaskan nasi, ayam dan sambal merupakan antara sajian yang dianggap paling sesuai dengan cita rasa rakyat Malaysia.

Biarpun ringkas, kombinasi tersebut cukup menyelerakan dan dicari-cari oleh orang ramai terutamanya sebagai hidangan makan tengah hari.

Menyedari hakikat itu, Yarnona Yano, 38, membawakan hidangan ayam geprek asli Medan, Indonesia ke negara ini.

Sajian tersebut berjaya memikat selera ramai, khususnya sambal yang ditawarkan.

Terletak di Jalan Beringin, Pelabuhan Klang, Selangor, Restoran Ayam Geprek Mamakansa (RAGM) merupakan salah satu lokasi makan tengah hari yang menawarkan pelbagai menu masakan dari Indonesia.

“Kami menawarkan pelbagai menu berasaskan nasi di sini.

“Sajian paling laris di sini adalah nasi bersama ayam geprek, ayam jingkrak yang merupakan menu asli dari Medan.

“Kami juga ada sambal dendeng balado dan ayam bakar,” katanya.

Menurut Yarnona, dia sedar bahawa ramai peniaga di luar sana yang menjual menu sama, namun RAGM mempunyai keunikan serta kekuatan tersendiri terutamanya pada sambalnya.

“Sambal dendeng balado adalah sajian paling laris di sini. Ia cukup memikat selera bukan sahaja pelanggan berbangsa Melayu yang memang menyukai masakan pedas, tetapi mereka yang berbangsa Cina juga.

“Biarpun pelanggan berbangsa Cina yang datang ke sini mengakui sambal ini sangat pedas, namun mereka tetap menyukainya.

“Malah, ramai antara mereka yang sudah menjadi pelanggan tetap di restoran ini,” katanya lagi.

ANTARA seleksi menu berasaskan nasi dan sambal yang ditawarkan di Restoran Ayam Geprek Mamakansa, Jalan Beringin, Pelabuhan Klang, Selangor.

Selain menu berasaskan nasi, restoran itu turut menyajikan hidangan makanan ringan atau snek seperti risoles, kroket serta tauhu dan tempe goreng yang disajikan bersama kicap istimewa.

Menu risoles itu merupakan resepi milik Yarnona sendiri yang turut menjadi kegemaran para pengunjung di situ.

Harga bagi setiap set menu adalah antara RM10 sehingga RM12.

Harga berkenaan sangat berpatutan kerana ia sudah termasuk dengan air minuman.

“Bagi setiap set menu, pelanggan akan mendapat air secara percuma.

“Seleksi air pula berubah-ubah mengikut hari bagi memberikan lebih pilihan kepada pelanggan,” ujarnya.

RAGM dibuka setiap hari pada pukul 7 pagi hingga 10 malam.

Jelas Yarnona, memandangkan lokasi kedainya terletak di kawasan pejabat, dia turut menyediakan menu sarapan pagi berupa nasi lemak dan lontong Medan.

“Saya membuka kedai seawal pukul 7 pagi kerana kami banyak menerima kunjungan pelanggan yang mahu bersarapan terlebih dahulu sebelum masuk ke pejabat.

“Justeru, kami memperkenalkan menu sarapan pagi kepada para pelanggan.

“Bagaimanapun, menu makan tengah hari kami merupakan yang paling laris setakat ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI