fbpx

PRU15: Zahidi tetap bertanding di Padang Besar, Shahidan guna tiket PN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zahidi (kiri), Shahidan (kanan).

ARAU – Penyandang Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin akan tetap bertanding di kerusi tersebut meskipun tidak dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Zahidi yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, beliau bagaimanapun belum pasti mahu bertanding di bawah parti atau gabungan mana.

“Saya masih belum pasti akan bertanding menggunakan tiket apa memandangkan perundingan mengenai perkara itu masih lagi berjalan.

“Buat masa ini semua parti politik yang bertanding datang untuk melamar saya mewakili mereka, namun saya masih belum memutuskan lagi perkara itu,” katanya kepada pemberita di Pusat Khidmat Kubang Gajah di sini hari ini.

Zahidi digugurkan daripada menjadi calon Parlimen Padang Besar bagi memberi laluan kepada Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan pada pilihan raya kali ini.

Sementara itu, Datuk Seri Shahidan Kassim yang turut menerima nasib sama mengesahkan akan mempertahankan Parlimen Arau menggunakan tiket Perikatan Nasional (PN).

Beliau dijangka diumumkan sebagai calon PN bagi kerusi tersebut pada Majlis Pengisytiharan Calon PRU15 PN di Kompleks Pas Perlis kira-kira pukul 9.30 malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI