fbpx
Lando.

PRU15: Lando calon GTA di Tanjong Karang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Pengasas Ikatan Silaturahim Bro­therhood (Brotherhood), Azlan Sani Za­­wawi atau lebih dikenali sebagai Lando mengesahkan akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Lando ketika dihubungi Kosmo! hari ini berkata, beliau akan bertanding di kerusi ‘panas’ di Selangor iaitu di Tanjong Karang mewakili parti Gerakan Tanah Air (GTA).

Katanya, watikah pelantikan sebagai calon GTA akan diberikan petang ini dalam satu majlis bersama Pengerusi Gerakan Tanah Air, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Bangi Convention Centre.

“Ya betul, saya akan bertanding pada PRU15 dan kawasan saya agak ‘panas’ iaitu di Tanjong Karang,” katanya.

Mengulas lanjut, Lando berkata, tujuan utama beliau memasuki gelanggang politik adalah untuk ‘membetulkan’ sistem yang ada ketika ini yang dikatakan lambat bertindak.

“Contohnya seperti aduan jalan berlubang, walaupun kita telah membuat laporan tetapi tindakan yang diambil oleh pihak bertanggungjawab amat perlahan dan memakan masa.

“Sebab itu saya sebagai mewakili Brotherhood mahu sistem ini ‘dikembalikan’ semula supaya setiap masalah atau aduan dapat disegerakan.

“Bukan sahaja berkaitan jalan raya tetapi melibatkan semua aduan supaya ia dapat dilaksanakan dengan pantas demi keselesaan rakyat,” ujarnya.

Pada masa sama kata Lando, apabila dia berada dalam sistem kerajaan, sekurang-kurangnya dapat membantu mengurangkan karenah birokrasi yang wujud dalam sistem pentadbiran ketika ini.

Terdahulu dalam PRU14, calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Noh Omar berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Tanjong Karang dengan majoriti 1,970.

Beliau yang juga penyandang kerusi itu menewaskan Zulkafperi Hanapi daripada gabungan pakatan pembangkang Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan calon Pas iaitu Nor Az Azlan Ahmad. – KOSMO! ONLINE

POPULAR