fbpx

PRU15: Akar umbi Kuala Nerus mohon BN umum segera calon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA NERUS – UMNO Bahagian Kuala Nerus berharap pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) dapat segera menamakan calon yang mewakili parti itu bagi merebut kerusi Parlimen berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Pemuda UMNO bahagian Kuala Nerus, Muhammad Hanafi Hassan berkata, calon tersebut perlu diumumkan segera bagi meredakan keresahan yang sedang berlaku dalam kalangan akar umbi kawasan itu sejak malam tadi.

“Pemuda UMNO Bahagian Kuala Nerus faham perkiraan teliti sedang dilakukan pucuk pimpinan BN kerana kerusi Kuala Nerus merupakan kawasan kritikal.

“Begitupun, pertimbangan bijaksana perlu dilakukan bagi meredakan ketegangan dan mengembalikan keharmonian dalam kalangan akar umbi di kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam tadi tidak mengumumkan nama calon BN di beberapa kawasan termasuk Parlimen Kuala Nerus.

Hanafi berkata, berdasarkan situasi semasa, BN berpeluang besar untuk menang sekali gus merampas semula kerusi Parlimen Kuala Nerus pada PRU15 kali ini.

Sehubungan itu, pihaknya akan menerima sesiapa sahaja calon diputuskan dan akan bekerja habis-habisan untuk memastikan kemenangan BN.

Kerusi Parlimen Kuala Nerus menjadi tumpuan kerana ketika ini ia disandang wakil Bebas, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali yang mengisytiharkan diri keluar Pas pada bulan Mac tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI