fbpx

Pengantin OKU nikah guna bahasa isyarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pasangan pengantin OKU sedang melangsungkan perkahwinan.

PETALING JAYA – Pasangan pengantin kurang upaya (OKU) berjaya disatukan menjadi pasangan suami isteri dengan menggunakan bahasa isyarat telah meraih perhatian netizen.

Perkongsian video menerusi akaun TikTok @zuraidazulkiflie yang juga kakak kepada pengantin perempuan menyaksikan pasangan pengantin yang dinikahkan menggunakan bahasa isyarat.

Pengantin yang segak memakai pakaian nikah merah jambu itu dilihat sedang duduk bersila sambil melafazkan akad nikah menggunakan bahasa isyarat dengan bantuan perantara yang mahir dengan bahasa isyarat.

Demikian video itu telah tular, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa terharu dengan keindahan cinta pasangan mempelai itu sekaligus mengucapkan tahniah kepada mereka.

“Semoga Allah memberkati kedua mempelai hingga ke syurga, indah percintaan mereka, saya rasa nak menangis,” tulis seorang netizen.

“Sama dengan adik saya, sudah berkahwin dan mempunyai dua anak. Dulu orang tidak yakin mereka boleh jaga anak ataupun tidak sebab masing-masing ada masalah pendengaran. Rupanya lagi elok dia jaga dari kita yang normal ni,” komen seorang netizen lagi.

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang berkongsi pengalaman menghadiri majlis perkahwinan yang hampir sama dengan pasangan pengantin tersebut.

“Sama lah, adik saya dengan adik ipar sama-sama istimewa, sekarang dah ada anak sorang,” komen seorang netizen.

“Macam kakak saya haritu, saya yang jadi penterjemah. Bila suami dia buat bahasa isyarat saya sebut dalam bahasa Melayu, jadi memudahkan saksi untuk mudah faham,” kongsi netizen yang lainnya.

Setakat ini, video ini telah tular dan meraih lebih 500,000 tontonan dengan 431 perkongsian dan lebih 30,000 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI