fbpx

Wanita bertudung bangga muat naik video hisap vape, teruk dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar tindakan seorang wanita bertudung sedang menghisap vape telah menerima kecaman netizen.

PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita bertudung memuat naik video dirinya menghisap vape mengundang rasa kurang senang netizen sehingga ruangan komennya dipenuhi kata-kata kecaman.

Ada pengguna yang tampil menegur perbuatan tersebut, namun dibalas dengan angkuh seolah-olah dirinya tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Dik, jangan rasa bangga hisap pod. Kalau tak nak rasa menyesal dada kena tebuk macam aku ni pod punya hal. Sayang badan dik, muda lagi,” kata Cikboss.

“Buat malu wanita Melayu, Islam. Kau pakai tudung, otak kau macam otak monyet sahaja,” perli Saiful.

Bagaimanapun, balas wanita berkenaan, dia tidak menyusahkan mana-mana pihak yang memberi kecaman terhadap dirinya malah hidupnya selama ini dijaga oleh keluarga serta tunang.

“Tak apa abang, yang tanggung sakit saya, yang jaga saya, mak bapak saya dengan tunang saya, bukan abang. Saya tidak ada susahkan abang,” ujarnya.

Lebih mengejutkan, wanita tersebut turut mengeluarkan satu perlian lucah kepada netizen yang mengutuk tindakannya menghisap vape.

Sehubungan itu, video tersebut mula tersebar di platform media sosial sejak semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI