fbpx

PRU15: Mahdzir pertahan Padang Terap, kemunculan semula Mashitah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahdzir.

ALOR SETAR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid serta Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim masing-masing diumumkan kekal bertanding bagi mempertahankan kerusi Parlimen Padang Terap dan Baling.

Pengumuman itu dibuat Presiden Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Pengumuman Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di ibu negara, sebentar tadi.

BN pada PRU14 hanya memenangi dua kerusi tersebut daripada keseluruhan 15 Parlimen di Kedah.

BN turut menampilkan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Jerai dan Timbalannya, Datuk Othman Aziz untuk bertanding di Parlimen Jerlun.

Selain itu, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim diumumkan sebagai calon di Kuala Kedah.

Bagi calon muka baharu pula, Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada tiga Menteri Besar Kedah, Datuk Armishah Siraj bakal berentap di Langkawi.

Calon baharu lain ialah Datuk Muhar Hussain bagi kerusi Kulim-Bandar Baharu; Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin (Merbok); Datuk Hasmuni Hasan (Kubang Pasu); Noran Zamani Jamaludin (Pokok Sena) serta wakil MCA, Tan Chee Hiong (Alor Setar) dan wakil MIC, Datuk C. Selvaraj (Padang Serai).

Sementara tiga calon wanita ialah Ketua UMNO Bahagian Pendang, Datuk Suraya Yaakob (Pendang); Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Shahanim Yusof (Sungai Petani) serta Ketua Wanita UMNO Bahagian Sik, Maizatulakmam Othman (Sik). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI