fbpx

Saya okey, tak sabar nak kalahkan PH, BN, DAP – Ahmad Amzad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Amzad.

PETALING JAYA – “Saya sentiasa okey”. Demikian kata-kata Datuk Ahmad Amzad Hashim selepas kemenangannya bagi kawasan Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) telah dibatalkan mahkamah, semalam.

Mengulas perkara tersebut, Ahmad Amzad berkata, beliau belum menetapkan lagi tindakan selanjutnya dan mahu menumpukan usaha kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Saya okey sahaja. Lawan balik pun okey. Selesaikan dulu rayuan di Mahkamah Persekutuan pun okey. Saya undur beri laluan kepada sahabat yang lain pun okey.

“Cuma saya rasa kali ini, lebih ramai tak sabar nak kalahkan Pakatan Harapan (PN), Barisan Nasional (BN) dan DAP pada PRN nanti, setuju tak?” katanya, hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Ahmad Amzad bagi Parlimen Kuala Terengganu dalam PRU15.

Keputusan petisyen Parlimen Kuala Terengganu yang memihak kepada BN tersebut dibacakan Hakim Mahkamah Pilihan Raya Negeri, Datuk Seri Mohd. Firruz Jaffril.

Beliau memutuskan demikian selepas berpuas hati wujud unsur rasuah dan sogokan sewaktu kempen Pas di kerusi Parlimen itu pada PRU15. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI