fbpx

SPRM buka kertas siasatan kes rasuah Parlimen Kuala Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA NERUS – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung aktiviti politik wang pada kempen Pilihan Umum ke-15 (PRU15) yang menjadi asas mahkamah membatalkan kemenangan Pas di kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya sedang menunggu nota keterangan mahkamah berhubung keputusan itu sebelum memulakan siasatan tidak lama lagi.

“Kita sudah memulakan kertas siasatan namun sedikit lewat disebabkan nota keterangan daripada mahkamah.

“Tidak boleh membuat pertuduhan berdasarkan keputusan (petisyen mahkamah) begitu sahaja. Perlu memanggil saksi, rakam percakapan dan (melaksanakan) segala proses penyiasatan,,” katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas pembatalan kemenangan Datuk Ahmad Amzad Hashim dari Pas bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu oleh Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu pada 27 Jun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Mohd. Firuz Jaffril membenarkan petisyen difailkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd. Zubir Embong setelah mendapati wujudnya unsur rasuah dilakukan sewaktu kempen PRU15.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelmarin telah menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu serentak dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan.

Dalam pada itu, Azam memberitahu siasatan terhadap dua transaksi penjualan tanah kepada badan bukan kerajaan (NGO) dan Exco kerajaan negeri Terengganu masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI