fbpx
AGENSI bintang filem Alive itu tampil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dengan menyatakan, Ah-in tidak berada di Korea Selatan pada hari kejadian.

Disebut punca tragedi Itaewon, Yoo Ah-in nafi berada di lokasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TRAGEDI meragut ratusan nyawa di Itaewon hujung minggu lalu semakin hangat apabila nama aktor popular Yoo Ah-in dikaitkan sebagai punca.

Memetik laporan media Korea Selatan, timbul dakwaan mengatakan ada sosok selebriti popular membuat kemunculan di lokasi sehingga membuatkan orang ramai berpusu-pusu memenuhi kawasan tersebut.

Bagaimanapun, agensi bintang filem Alive itu tampil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dengan menyatakan, Ah-in tidak berada di Korea Selatan pada hari kejadian.

“Yoo Ah-in meninggalkan negara (Korea Selatan) pada 29 Oktober lalu dan sehingga saat ini, dia masih berada di luar negara.

“Dia tidak ada hubungan dengan tragedi yang berlaku di Itaewon,” tegas United Artist Agency.

Bukan hanya Ah-in, bahkan dua orang broadcast jockey atau BJ iaitu Seya dan K dikhabarkan menjadi penyebab kekacauan.

Bagaimanapun mereka juga tampil membantah dakwaan tersebut.

Sementara itu menurut polis Seoul, angka kematian meningkat ke 156 orang selepas terdapat seorang lagi mangsa berusia 20-an meninggal dunia ketika dirawat di hospital.

Jumlah mangsa tragedi tersebut kini meningkat ke angka 101 wanita dan 55 lelaki keseluruhannya.

Kejadian yang berlaku sempena pesta Halloween di lokasi popular tersebut turut meragut nyawa pelakon, Lee Ji-an. – KOSMO! ONLINE

POPULAR