fbpx

‘Influencer’ dipuji masak sendiri 340 kg sotong jamu jemaah masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pempengaruh, Aleeya bersama suaminya, Aziz Azri (berbaju putih) menghulurkan bantuan kepada jemaah masjid.

PETALING JAYA – Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Barangkali pepatah itu sesuai bagi menggambarkan kebaikan yang dilakukan pempengaruh media sosial (influencer), Aleeya Zailan dan suaminya, Azri Aziz.

Aleeya dan suaminya yang dikenali sebagai Big Boss memasak sendiri hidangan untuk diagihkan kepada kira-kira 340 jemaah masjid sempena sambutan Maulidur Rasul di Masjid As-Syakirin Gombak, Selangor baru-baru ini.

Menerusi video dikongsikannya di media sosial, kelihatan pasangan itu dan beberapa pembantu mereka bertungkus-lumus menyediakan masakan pada hari tersebut.

“Sebanyak 340 kilogram (kg) sotong sedia untuk dimasak sebelum dibawa ke masjid bagi menjamu jemaah. Bahkan, kami turut menyajikan beberapa lauk lain seperti sambal sardin, gulai daging dan sayur goreng,” celotehnya sambil tangan ligat menumis bahan.

Mencecah ratusan ribu tontonan, rata-rata netizen menyifatkan sikap ditunjukkan Aleeya dan keluarganya itu sesuatu yang jarang berlaku dalam kalangan individu berstatus jutawan.

Masakan tidak, mereka berpandangan Aleeya semestinya mampu mengupah katerer, namun pasangan tersebut melakukannya sendiri dari awal hingga akhir.

Bukan itu sahaja, mereka turut memberi sumbangan dalam bentuk barangan asas dan keperluan harian kepada asnaf dalam kariah masjid tersebut.

Lebih menarik, menurut Aleeya, segala bahan masakan dibeli menggunakan duit diberikan pengikutnya ketika sesi siaran langsung di TikTok dan Facebook. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI