fbpx

Tiada jaminan buat Ronaldo beraksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO meledak satu gol pada aksi Liga Europa, namun ia bukan jaminan untuk dia berada dalam kesebelasan utama bertemu West Ham. – FB MANCHESTER UNITED

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag tidak memberi jaminan kepada penyerang, Cristiano Ronaldo untuk berada dalam kesebelasan utama menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang West Ham United di Old Trafford awal pagi esok.

Walaupun kapten Portugal itu menjaringkan satu gol ketika membantu United menewaskan Sheriff Tiraspol dalam saingan Liga Europa kelmarin, namun ia masih belum cukup untuk menjamin tempat dalam kesebelasan utama.

Ronaldo disebut-sebut akan memulakan perlawanan menentang The Hammers selepas pemain pilihan Ten Hag, Anthony Martial tidak dapat diturunkan kerana belum pulih daripada kecederaan belakang.

“Adakah dia (Ronaldo) mampu untuk ulang pencapaian musim lalu? Semuanya terpulang kepada dia sendiri untuk memanfaatkan setiap peluang yang diberikan kepadanya dan saya percaya dengan kemampuannya.

“Tidak ada istilah pasukan Eropah atau pasukan domestik untuk saya kerana kami berikan peluang kepada setiap pemain yang layak, jadi tiada seorang pemain pun dijamin tempat dalam kesebelasan utama bertemu West Ham,” kata bekas pengendali Ajax itu.

Ten Hag juga enggan mengulas mengenai kemungkinan Ronaldo yang terdesak untuk meninggalkan pasukan itu pada jendela perpindahan musim sejuk nanti selepas ejennya mula berbincang dengan beberapa buah kelab ternama Eropah.

“Saya tidak mahu fokus me­ngenai perkara ini kerana tugas pasukan sekarang adalah untuk memantapkan corak serangan United.

“Kami ada penyerang yang baik, jadi kami bekerja keras untuk keluarkan kemampuan sebenar mereka,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI