fbpx

Lelaki pukul jiran guna botol arak, ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG – Seorang juruteknik berusia 24 tahun ditahan selepas dipercayai memukul jirannya menggunakan botol arak dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Lembah Jaya Selatan, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 11 malam, Selasa lalu, ketika pengadu lelaki tempatan berusia 24 tahun, bertemu dengan rakannya di hadapan rumah kedai tersebut.

“Pengadu bertengkar dengan suspek sehingga berlaku pergaduhan dan cedera di kepala, mata, tangan dan telinga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, susulan kejadian itu, sepasukan polis telah menangkap suspek di hadapan rumah di Lorong Ikan Emas 12, Ampang Campuran.

“Siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan pengadu selalu membuli suspek selepas mabuk.

“Namun, suspek tidak mengaku ada menggunakan botol kaca bir mencederakan pengadu,” katanya.

Mohamad Farouk berkata, suspek mempunyai satu rekod jenayah masih dikehendaki manakala ujian air kencing adalah negatif.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan merujuk kepada sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.

Jika kesalahan, boleh diperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI