fbpx

Beraninya Heliza Helmi bermain dengan citah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI selamba Heliza Helmi yang berani memegang dan bergurau dengan harimau bintang ketika berada di Phuket, Thailand baru-baru ini.

DENGAN kucing pun Diva takut, inikan pula nak ajak bermain dengan harimau bintang atau citah (cheetah)?

Bagi RM100 pun Diva tak nak. Tapi kalau bagi RM1 juta, mungkin boleh dipertimbangkan.

Diva tak berani seperti penyanyi dan juga aktivis kemanusiaan cantik, Datin Seri Nur Heliza Helmi apabila dengan selambanya dilihat bermain dan bergurau dengan harimau bintang.

Siap berlari-lari lagi. Menerusi perkongsian yang dimuat naik Heliza dalam Instagram miliknya, isteri kepada Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman itu bermain dengan seekor citah dan melayan haiwan buas itu seperti kucing.

Sangat comel apabila Heliza berlari-lari sambil membawa sebiji bola takraw yang diikat dengan tali dan membiarkan citah itu mengejarnya.

Tapi Diva pula yang rasa seram. Dibuatnya harimau bintang itu tiba-tiba nampak Heliza persis seketul ayam goreng, habis!

Difahamkan lokasi Heliza bermain dengan harimau bintang itu terletak di Phuket, Thailand.

Berhati-hati tau Heliza. Binatang buas kita tidak boleh sangka sifatnya. Kena gigit dengan kucing pun sakit, apa lagi kalau gigitan harimau bintang. Takut!

DIVA: Ramai puji gaun pengantin Sweet Qismina cantik dan sopan. Alhamdulillah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI