fbpx

Jangan terperdaya scammer tawar RM500 e-dompet Touch n Go

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar amaran yang dikeluarkan Touch n Go mengenai SMS bantuan yang tidak wujud.

PETALING JAYA – Kumpulan Touch n Go meminta orang ramai supaya tidak terperdaya sekiranya menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menawarkan sejumlah wang disertakan pautan yang tidak sahih.

Helah kali ini adalah dengan bantuan e-dompet RM500 yang diberikan kepada rakyat atas sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerlukan pengesahan identiti menggunakan pautan yang menyamar sebagai aplikasi itu.

Touch n Go e-dompet dalam kenyataan di Facebook berkata, modus operandi yang digunakan itu berbeza kerana mempunyai ciri-ciri yang tidak akan dikeluarkan oleh syarikatnya.

“SMS daripada kami tidak akan disertakan dengan pautan.

“Sekiranya anda menerima sebarang SMS yang menyamar sebagai kami dan mempunyai pautan, mohon jangan klik dan sentiasa berwaspada dengan SMS yang diterima,” jelasnya, semalam.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai pemakluman bantuan e-dompet RM500 daripada pihak kerajaan melalui pautan TNG sehingga dakwaan seorang mangsa kehilangan RM1,950 selepas mengakses pautan tersebut. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI