fbpx

Lelaki ditahan kahwinkan dua patung ‘dewasa’ di tapak suci Buddha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA patung itu dipakaikan pakaian tradisional sebelum dikahwinkan. - CEN

NAYPYIDAW – Seorang lelaki ditahan kerana mengahwinkan dua patung yang merupakan alat permainan orang dewasa di sebuah tapak suci penganut Buddha di Myanmar, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Zarni Aung, 26, memakaikan dua patung itu dengan pakaian tradisional dan tiara sebelum membawanya ke Pagoda Shwedagon Yangon untuk dikahwinkan pada 22 Oktober lalu.

Aung datang bersama tujuh yang lain ketika ditahan oleh pengawal keselamatan. Mereka kemudian memasang khemah besar di tempat letak kereta untuk melaksanakan upacara tersebut.

Rakaman memaparkan kumpulan itu menawarkan bakul bunga dan buah-buahan sebagai hadiah sempena perkahwinan dua patung itu sambil diperhatikan pelawat lain.

“Kami telah memfailkan kes terhadap Zarni Aung dan kumpulan itu kerana memfitnah agama Buddha,” kata pegawai Kementerian Hal Ehwal Agama dan Kebudayaan Burma.

Kumpulan itu tiba dengan menaiki sebuah kereta Toyota Alphard berwarna hitam sekitar pukul 7 pagi (waktu tempatan) bersama dua patung besar.

Kedua-dua patung itu dilaporkan dibeli dari China dengan tinggi 167 sentimeter (sm).

Kementerian itu menambah, kumpulan itu turut membawa sebuah anak patung kecil dengan tinggi kira-kira 17 sm. Mereka berdoa kepada patung kecil itu sebelum mengahwinkan dua patung yang lebih besar.

Seorang kakitangan yang tidak dikenali yang didakwa membenarkan kumpulan itu melakukan upacara tersebut di tempat letak kereta juga akan disiasat. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI