fbpx

Giant tawar diskaun tambahan tiga peratus untuk warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Warga emas menikmati penjimatan yang hebat dalam pembelian produk setiap hari Rabu dengan potongan harga tiga peratus di pasar raya Giant dan di Kedai TMC di seluruh negara.

PETALING JAYA – Giant Malaysia meraikan ulang tahun pertama kempennya, ‘Harga Lagi Rendah Lagi Lama Giant’ dengan memberi keistimewaan berupa tambahan diskaun sebanyak tiga peratus lagi kepada warga emas termasuk yang berstatus penduduk tetap setiap hari Rabu.

Promosi diskaun untuk pembelian keseluruhan barangan itu telah bermula pada Rabu lalu sehingga akhir bulan ini.

Pengarah Pemasaran SEA (makanan) GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd., Lee Yik Hun berkata, dengan tambahan diskaun untuk warga emas ini, sudah pasti pelanggan Giant akan mendapat lebih banyak penjimatan apabila berbelanja di pasar raya besar kami dan juga di kedai TMC seluruh negara.

“Warga emas akan menikmati diskaun tambahan sebanyak tiga peratus ini tanpa sebarang per­belanjaan minima dan diskaun ini juga terpakai untuk produk dalam promosi.

“Mereka akan dapat menikmati manfaat diskaun ini dengan hanya mengemukakan MyKad sebagai pengesahan semasa pembayaran,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Yik Hun, menerangkan, antara produk kegemaran warga emas termasuklah produk di bawah jenama Meadows seperti biskut dan kopi.

Selain itu, bersempena sam­butan ulang tahun kempen tersebut, sya­rikat akan terus komited untuk mengekalkan harga barangan yang rendah walaupun kadar inflasi terus meningkat.

Tambah beliau, terdapat lebih daripada 100 barangan baharu di masukkan dalam senarai barangan jualan untuk pelanggan.

Antara produk tersebut adalah pek Jumbo Molfix Extra Dry Pants pada harga RM27.50, beras wangi Thailand cap Udang AAA 10 kilogram (kg) pada harga RM37.95, isian semula cecair pencuci pakaian Breeze 3.2 kg pada harga RM18.50 dan isian semula gel mandian Dettol 850 mililiter (ml) pada harga RM11.90. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI