fbpx

Ramai PATI wanita terlibat perkhidmatan tidak bermoral, persundalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Dzaimee ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Program Kita Demi Negara di Dataran Lembah Sireh, Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARULZAMAN

KOTA BHARU – Sindiket penyeludup didapati telah mengatur kebanyakan wanita pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk bekerja dalam sektor melibatkan perkhidmatan tidak bermoral dan kegiatan persundalan.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, siasatan mendapati, kebanyakan wanita-wanita itu akan ditempatkan di hotel-hotel bajet di sekitar bandar besar oleh sindiket-sindiket terlibat.

Menurutnya, sindiket penyeludup telah mengatur PATI yang masuk ke negara ini sebelum mereka ditempatkan untuk bekerja secara tidak sah di sektor-sektor tertentu.

“Sindiket yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan orang ini didapati mempunyai rangkaian tertentu yang mempunyai peranan masing-masing.

“Kita tidak akan berdiam diri dan operasi menangkap PATI dijalankan setiap hari. Ketika ini, jumlah PATI yang ditahan di Depot Imigresen tidak pernah berkurangan daripada 10,000 orang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Program Kita Demi Negara di Dataran Lembah Sireh di sini hari ini.

Terdahulu, Jabatan Imigresen Malaysia menahan lapan lelaki tempatan dan 49 warga Myanmar termasuk 16 wanita yang cuba diseludup ke negara ini melalui laluan tikus di Kelantan menerusi Ops Gelombang pada 26 Oktober lalu.

Mengulas lanjut, menurut Khairul Dzaimee, sindiket yang membawa masuk PATI itu dipercayai bergerak aktif sejak sempadan negara dibuka pada Mei lalu.

Menurutnya, siasatan awal turut mendapati sindiket itu menyasarkan PATI berasal dari Myanmar, Bangladesh dan India untuk dibawa masuk bekerja di negara ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI