fbpx

‘Lacurkan’ hip-hop guna Vida, ini jawapan padu Alyph

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI Alyph hadir dengan single baharu berjudul Swipe yang turut menampilkan Vida (kiri).

KUALA LUMPUR – Hadir dengan single baharu berjudul Swipe yang menampilkan usahawan sensasi, Datuk Seri Vida, penyanyi rap Alyph menafikan dirinya menumpang glamor figura itu.

Alyph atau nama sebenarnya, Alif Abdullah turut mempunyai alasan tersendiri apabila dikatakan ‘melacurkan’ muzik hip-hop dengan menjalin kolaborasi bersama wanita yang selalu dikaitkan sebagai individu dahagakan publisiti terbabit.

“Sebenarnya, tujuan saya berkolaborasi dengannya adalah untuk menghapuskan dan menghancurkan sentimen tersebut.

“Saya nak tunjukkan bahawa media sosial semata-mata apa yang kita nampak. Kalau buat kerja (muzik) dengan citarasa yang memikat, insya-Allah hasilnya akan diterima orang dengan baik,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ditemui pada majlis pelancaran lagu Swipe di Dadi Cinema di sini malam tadi, Alyph turut menegaskan dunia sekarang berubah dan audiens serta peminat inginkan sesuatu yang mereka suka tonton atau lihat.

“Sekarang ini, ramai orang buat benda yang mesti kena tular atau viral. Matlamat utama orang sekarang adalah tular di media sosial.

“Saya boleh sahaja nak buat kontroversi tanpa melibatkan Vida tapi saya memilih untuk tidak berbuat demikian.

“Itu bukan sebab mengapa beliau ada dalam lagu ini. It can be done tastefully (boleh dilakukan dengan baik).

“Dengan kolaborasi ini, saya nak hancurkan sentimen berkenaan sepenuhnya dan selamanya,” ujarnya.

Tidak mempergunakan atau mengambil kesempatan terhadap populariti Vida, Alyph, 33, berkata, inilah realiti dunia seni hiburan sekarang.

“Orang-orang sebegini selalu menjadi percakapan masyarakat. Saya percaya dengan kuasa media sosial mereka.

“Saya percaya mereka ada pasukan media sosial sendiri dan apa yang mereka ada sekarang (kejayaan) bukan datang bergolek,” ujarnya.

Muzik video (MV) rasmi Swipe yang menampilkan Vida, 52, boleh ditonton menerusi YouTube bermula esok (28 Oktober 2022).

Difahamkan, Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman turut menyanyi rap dalam lagu tersebut dan lirik pendek dendangan adalah hasil improvisasi (adlibs) dirinya sendiri selain berbusana serba eksentrik dalam MV. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI