fbpx

PRU15: Radzi calon PN di Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi Jidin meyampaikan bicara prihatin ketika Jelajah Prihatin Parlimen Putrajaya di Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya di sini, hari ini. -Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr. Radzi Jidin diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Parlimen Putrajaya.

Perkara itu diumumkan Presiden PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena Program Jelajah Prihatin Parlimen Putrajaya di Kompleks Kejiranan Presint 16, di sini malam tadi.

“Saya umumkan awal-awal lagi dan selepas ini kita nak minta dia buat kerja. Malam ni sahih bukan uar-uar atau khabar-khabar tapi sahih diumumkan Pengerusi PN.

“Saya tak tahu siapa nak lawan, lawanlah. Tapi saya nak beri nasihat sikit kepada kawan saya Ku Nan (Datuk Seri Tengku Adnan). Ku Nan have done something for Putrajaya but (telah buat sesuatu di Putrajaya, tetapi) cukuplah Ku Nan

“Sekarang tiba masa untuk kita ubah dan perubahan itu akan dilakukan oleh PN di bawah Radzi,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI