fbpx

Kelantan FC bawa bekalan kemenangan ke Kota Bharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelantan fc membawa bekalan terbaik ke Kota Bharu selepas menewaskan Sarawak 1-0 hari ini.Foto Ihsan TRW

PETALING JAYA – Impian pasukan Kelantan FC untuk membawa bekalan terbaik pada aksi Piala Malaysia ternyata berhasil apabila berjaya menewaskan pasukan Sarawak United di Stadium Negeri Kuching sebentar tadi.

Pada aksi separuh pertama, pasukan tuan rumah, Sarawak bermula garang apabila melakukan percubaan tepat ke gawang Kelantan menerusi tandukan Stuart James Wilson seawal minit ke-2 namun sekadar melepasi palang gol .

Begitupun, skuad The Red Warriors (TRW) mula menyusun permainan di pertengahan perlawanan namun rembatan deras pemain tengah Kelatan, Dzulfahmi Abdul Hadi berjaya ditangkap kemas penjaga gol tuan rumah, Tauffiq Ar Rasyid Johar.

Skuad The Crocs terus terdesak mencari gol namun peluang terhidang untuk mencipta jaringan pembukaan pada minit ke-39, bagaimanapun disia-siakan selepas Boris Kok gagal menyudahkan hantaran tersebut di depan pintu gol.

Bersambung babak kedua perlawanan, Sarawak terus mengatur rentak dan terus melakukan asakan keras namun rembatan deras Zahrul Nizwan Joe Kifli berjaya ditangkap kemas penjaga gol Kelantan, Nik Mohd. Amin Ahmad.

Ketika Sarawak bertungkus lumus mencari gol, Kelantan pula berjaya menjaringkan gol pada minit ke-82 selepas tandukan Kenta Hara berjaya mengatasi penjaga gol Sarawak, Tauffiq.

Tersentak dengan keadaan tersebut, Sarawak terus melipatkan usaha mereka untuk mencari gol penyamaan namun segala percubaan tuan rumah berjaya ditangkap kemas Nik Mohd. Amin Ahmad.

Hasil keputusan tersebut, Kelantan membawa bekalan kemenangan terbaik ke Stadium Sultan Muhammad IV menjelang aksi perlawanan timbal balik pada 31 Oktober depan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI