fbpx

Helikopter terhempas: Bomba sahkan semua penumpang selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang mangsa yang dilaporkan terbabit dalam nahas helikopter di Brincang, Cameron Highlands tengah hari tadi.

PETALING JAYA -Enam kru termasuk seorang juruterbang dilaporkan terselamat dalam nahas helikopter jenis Eurocopter AS355F2 di Brinchang, Cameron Highlands petang tadi.

Lima mangsa nahas tersebut mengalami kecederaan ringan manakala seorang mangsa mengalami patah tulang paha.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1.15 petang.

Jelas beliau, pesawat tersebut membawa lima pegawai perubatan termasuk seorang doktor dari Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk merawat penduduk pedalaman.

“Pihak bomba sedang giat usaha membawa kesemua penumpang keluar daripada tempat terhempas apabila tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 3.51 petang tadi.

”Siasatan awal mendapati cuaca menjadi faktor utama helikopter tersebut hilang kawalan dan terhempas,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Tambah beliau, helikopter tersebut terhempas pada ketinggian 1,568 meter dari atas laut. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI