fbpx

30 kru filem berjaya dibawa keluar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN kru pengambaran filem yang terperangkap di Gua Tempurung, Gopeng berjaya dibawa keluar oleh pasukan penyelamat.-FOTO/PDRM

GOPENG – Kesemua 30 kru penggambaran filem yang terperangkap ekoran air naik mendadak di alur air di Gua Tempurung di sini petang tadi berjaya dibawa keluar dengan selamat.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian di belakang gua sekitar pukul 4 petang.

Katanya, kesemua mangsa berjaya dibawa keluar pada pukul 6.10 petang.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku ketika hujan lebat menyebabkan air naik mendadak dengan kedalaman kira-kira 1.5 meter di kawasan alur air di dalam gua.

“Kesemua mangsa yang terlibat adalah kru pengambaran filem ‘Bursting Point’ melibatkan syarikat produksi Singapura yang sedang mejalankan kerja-kerja pengambaran di kawasan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, jumlah kru yang terlibat seramai 80 orang namun hanya 30 orang terperangkap melibatkan warga tempatan dan Singapura.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI