fbpx

PRU15: Jangan ‘cuba-cuba’ ulangi kesilapan PRU14 – KM Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sulaiman berucap pada Majlis Ramah Mesra Petugas Sektor Pembersihan Negeri Melaka di Dewan Hang Tuah, Melaka, hari ini.

MELAKA – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali mengingatkan rakyat negeri ini untuk tidak mengulangi ‘kesilapan’ dibuat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu berkata, peluang diberikan kepada pembangkang pada PRU14 adalah satu kesilapan yang menyebabkan ketidakstabilan politik negara sehingga pentadbiran kerajaan persekutuan bertukar sebanyak tiga kali.

Katanya, disebabkan itu rakyat kini perlu membuat keputusan tepat dengan memilih parti yang lebih stabil dan mampu memenuhi keperluan masyarakat.

“Saya ingatkan kepada rakyat Melaka, pilihlah kerajaan yang benar-benar boleh membantu dan memenuhi semua keperluan rakyat, kita tidak mahu lagi kucar-kacir yang berlaku pada PRU14 berulang lagi.

“Tangan tuan-tuan yang akan memastikan kerajaan apa kita mahukan, jangan lagi lakukan kesilapan seperti PRU14, dalam tempoh penggal sama Perdana Menteri kita bertukar sebanyak tiga kali.

“Kalau salah pilih, kita akan menyebabkan kenikmatan yang ada pada hari ini tidak dapat diwariskan kepada anak cucu, kita perlu menjaga agama serta bangsa,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, pecahan undi juga hanya akan merugikan dan memberi kesan kepada rakyat kerana ia menyumbang kepada kegagalan untuk membentuk sebuah kerajaan yang lebih kukuh.

“Janganlah kita nak cuba-cuba esok, nak pilih, pilih betul-betul, kalau pilih sikit sini, sikit sana, akhirnya tiada satu pun parti yang boleh membentuk kerajaan, siapa yang susah, rakyat juga,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI