fbpx

Ibu rantai dua anak di rumah sebagai hukuman kerana nakal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Si ibu merantai anak-anaknya kerana dikatakan terlalu nakal. – Istimewa

JAKARTA – Seorang wanita di Tabanan, Pulau Bali ditahan hujung minggu lalu selepas didapati merantai dua anaknya di rumah dan membiarkan mereka dalam keadaan  gelap sebagai hukuman kerana berkelakuan nakal, lapor portal berita Coconuts hari ini.

Dua kanak-kanak masing-masing berumur enam tahun dan tiga tahun itu ditemui oleh jiran mereka Sabtu lalu. Seorang jiran berkenaan berkata, dia terdengar bunyi tangisan dari rumah suspek sekitar pukul 7.30 malam (waktu tempatan) ketika berjalan ke masjid.

Dia dan seorang jiran lain kemudian memeriksa sumber bunyi tersebut di rumah yang gelap-gelita itu sebelum menemui seorang kanak-kanak dirantai pada leher di tingkap dan hanya memakai lampin.

Seorang lagi kanak-kanak ditemui dalam keadaan serupa, namun kakinya dirantai pada pintu bilik tetamu.

Ibu kanak-kanak tersebut yang hanya dikenali sebagai UDW, 40,  diberkas polis pada malam sama. Polis turut merampas sepasang rantai besi sepanjang 2 meter dan empat mangga kunci.

Suspek dikatakan meninggalkan rumah pada waktu petang untuk pergi bekerja.

“Mungkin dia terlupa membuka lampu, jadi, kanak-kanak tersebut berasa takut dan tangisan mereka didengari oleh jiran-jiran.

“Kanak-kanak itu amat aktif dan menurut si ibu, mereka sering berkelakuan nakal,” kata Ketua Polis Tabanan, Ranefli Dian Chandra.

Polis turut menamakan teman lelaki si ibu, IMS sebagai suspek kes tersebut.

UDW bagaimanapun berkata, teman lelakinya tidak terlibat dalam kejadian itu, bahkan tindakan tersebut dilakukan bagi memberi pengajaran kepada anak-anaknya.

“Saya sudah buntu dan agak beremosi. Namun, niat saya hanya untuk memberi pengajaran dan bukan mencederakan,” katanya sambil menambah, pelbagai cara telah dilakukan untuk mendisiplinkan kanak-kanak tersebut termasuk memukul mereka.

Polis berkata, suspek akan dibawa menjalani ujian kesihatan mental. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI