fbpx

Raikan persamaan, ketepikan perbezaan sempena Deepavali- PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada seluruh Keluarga Malaysia yang beragama Hindu dengan mengharapkan ia bakal menjadi perayaan paling bermakna kali ini.

Dalam ucapannya, Ismail Sabri berharap agar pesta cahaya tahun ini menjadi perayaan bermakna buat semua yang diraikan dengan penuh kesyukuran bersama ahli keluarga, sanak saudara serta rakan taulan.

“Memaknai semangat Keluarga Malaysia pada sambutan Deepavali tahun ini, marilah kita meraikan persamaan dan mengenepikan perbezaan demi menjamin kestabilan serta kemakmuran negara.

“Berpaksikan nilai-nilai keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran semoga kita dapat mengukuhkan perpaduan Keluarga Malaysia merentasi bangsa, agama dan budaya,” katanya.

Susulan itu, Perdana Menteri berharap agar budaya kunjung-mengunjung dan rumah terbuka pada pesta cahaya akan dapat mengukuhkan persaudaraan dalam semangat Keluarga Malaysia.

“Deepavali Vaalthukkal daripada saya dan keluarga,” ucapnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI